
![]() |
Jodoh Pertemuan
Saturday, 3 December 2011 | 03:55 |
Assalamualaikum..Hahhh, harini nak kongsi something doeee. Pasal jodoh.. hahaha, apa kes aku cakap pasal jodoh ni ? ntah laa. tiba-tiba ja rasa nak share pasal jodoh. kikikiki *gataiiinyaaa aku.. ^_^ Ada 3 jenis jodoh pertemuan yang telah ditakdirkan.. hehe 1. Jodoh dari encik Setan Jodoh dari setan ni mulanya dari mata, pastu mula laa nak sentuh tangan, bercinta pulak and then terlanjur la masa dok seronok bercinta tuu. lepastu kahwin , tu pun selepas terlanjur sebelum kahwin. yang tu lah namanya jodoh dari si setan. 2. Jodoh dari Jin Haaa, yang ni bila orang kemaruk sangat nak bercinta sampai gunakan bantuan jin. contohnya, seorang lelaki ni bomohkan seorang perempuan sebab dia nak kahwin dengan perempuan tuu. sampai laa diorang kahwin, yang tu jodoh jin. 3. Jodoh dari Allah SWT Jodoh ni lahir hasil daripada pertemuan mata, then turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah perkahwinan berlangsung. haaa, yang ni kot syurga cinta tuu. heee. Harap-harap laa aku dapat jodoh yang ketiga tuu. macam best je kan ? mudah-mudahan laa. Aminnn :) menyepi sekejap
hmmm, lama aku tak update kan ? ehh, takda la lama sangat kan ? haha, hmmm. minggu ni kan, aku macam orang gila ja. hmm, mula-mula nangis, then gelak. gila kanss ? hmm, semua sebab dia. tatau lah dia tu. ahhh, apa-apa ja laa. yang penting cuti ni aku nak enjoy puas-puas. eh eh eh, malam ni kanss MALAYSIA lwn INDONESIA final bola sepak sukan SEA 2011. wuaaaa, best best. bak kata abang Amin, "majikan" lwn "perkerja" , haha faham-faham je laa. hopefully, Malaysia menang ah, semang ni semangat nih. proud to be Malaysians doeee. haah :D#hilang sat sedih :'D kenapa cinta itu buta ?
banyak orang selalu kata cinta tu buta. so, sebab apa cinta tu buta ? ada 7 sebab.1.Dah tak nampak orang lain selain si dia. Mungkin semua orang pun pernah rasa benda ni. Kita dah tak nampak orang lain selain dia. bagi kita dialah yang terbaik walaupun banyak lagi orang yang jauh lebih baik dari si dia. walaupun ada orang yang jauh lebih baik dari dia nak kan kita, tapi kita tetap setia pada dia. bagi sesiapa yang tak pernah alami, dengan tengok cerita korea pun dah cukup. kadang-kadang hero yang first tu takda lah baik pun. hero yang second jauh lebih baik dan sentiasa di sisi tak kira apa jua keadaan. tapi, heroin tu tetap nak hero yang first tu. see, nampak kan ? 2. Dah tak nampak apa itu sakit. bumi mana yang tak ditimpa hujan ? begitu jugalah dengan cinta. cinta mana yang tak dipenuhi denga linangan air mata ? tapi, itulah, bila dah bercinta, sakit macam mana sekalipon dah tak dapat nak rasa. diteruskan juga penderitaan itu walaupun sakit tu sangat perit.3. Dah tak nampak yang mana halal dan yang mana haram. adat ber"couple", mestilah ada yang pegang tangan kan ? nak bagi advance sikit, ada jugak yang peluk-peluk.kalau advance lagi.haaa, faham-faham sendirilah.. kadang-kadang cinta juga membuatkan si pencinta buta akan haram dan halalnya.ibarat dunia ini tiada pengakhirnya.ibarat tindakan yang tiada balasannya.4. Dah tak nampak jasa mak dan ayah. ada yang bercinta, sanggup derhaka kepada ibu bapa. ada yang bercinta yang sanggup tinggalkan ibu bapa. kasih sayang ibu bapa yang bertahun-tahun habis begitu sahaja dek kerana cinta si dia yang tak sampai berapa ketika. tapi itulah cinta.kadang-kadang membuatkan kita dah tak nampak jasa mak dan ayah.5. Dah tak nampak kawan-kawan. kadang-kadang bila kita bercinta, ia membuatkan kita dah tak nampak kawan-kawan. semuanya akan ikut kata si dia.kalau si dia kata tak boleh keluar dengan kawan-kawan, kita pun turut je lah.taat tanda sayang. tapi taat yang tak bertempat.tapi, sebenarnya, kawan-kawan lah yang kita akan cari bila bergaduh dengan si dia.si kawan lah yang sanggup mendengar tangis kita bila kita bergaduh.tapi kita tetap sayang si dia dari si kawan kan ?6.Dah tak tau apa itu membazir kalau tengah bercinta, kadang-kadang kita sendiri dah tak nampak yang kita membazir yang bukan-bukan untuk si kekasih. untuk si kekasih kita sanggup belikan phone.tapi untuk mak @ ayah yang penat lelah besarkan kita, ada kita belikan mereka fon? silap-silap, baju sehelai pon kita tak terbeli untuk mereka.kadang-kadang, demi kekasih, tatkalau kita tak ada duit pon kita sanggup pinjam duit @ berhutang dengan kawan-kawan semata-mata nak belikan hadiah birthday untuk si dia. 7.Dah tak nampak cinta ALLAH swt yang lebih manis dari cinta si dia. bila dah sayangkan dia, kadang-kadang kita dah tak ingat akan cinta ALLAH yang jauh lebih manis dari cinta dia. kita dah lupa akan cinta ALLAH yang tiada akhirnya berbanding cinta si dia yang entah bila akan akhirnya.kita sanggup bergayut dengan dia berjam-jam sampai panas telinga sedangkan dengan Allah berdoa 10minit pun tak sampai. betapa kita sayangkan dia dari Allah bila kita bercinta.kalau dia merajuk, cepat-cepat kita pujuk. tapi dengan Allah, kita buat tak endah je. so, korang semua fikir lah sebelum korang bercinta. sebab kadang-kadang cinta tu melalaikan dan membuat kita terus terbuai dengan keindahannya. beware ! :) air mata wanita
Ketika wanita menangis, bukan bererti dia mengeluarkan senjata terampuhnya, melainkan dia mengeluarkan senjata terakhirnya. Ketika wanita menangis, bukan bererti dia tidak berusaha menahannya, melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu lagi membendung air mata ketika wanita menangis, bukan kerana dia ingin terlihat lemah, melainkan kerana dia tak sanggup berpura-pura kuat. ketika wanita menangis, bukan bererti dia ingin mencari perhatian, melainkan kerana apa yang dia perhatikan telah mengabaikannya. ketika wanita menangis, bukan bererti dia mengharapkan belas kasihan, melainkan kerana dia sedang megasihani diri sendiri. ketika wanita menangis, bukan bererti dia ingin membuat sesuatu yg dia tangisi rasa bersalah, melainkan kerana dia tak tau apa yang membuat keadaan jadi demikian. ketika wanita menangis, bukan bererti dia ingin memancing kepedulian semua orang terhadapnya, melainkan justeru dia tau,tidak akan ada orang yang peduli. ketika wanita menangis, jangan engkau menganggap nya wanita lemah ataupun tukang cari perhatian. kerana engkau juga yang menyebabkan air mata itu mengalir di pipi nya. |